RSS

Diet yang Seimbang Dengan Kesehatan

20 Jan

Macam-macam diet dan manfaatnya untuk kesehatan

        

Sayuran adalah penting bagi kesehatan. Begitu juga buah-buahan, karbohidrat kompleks, dan protein. Rempah-ratus jarang-jarang diambil kira dalam formulasi diet yang seimbang atau dalam piramid makanan kerana rempah-ratus digunakan dalam kuantiti yang kecil dan mungkin dianggap sebagai tidak memberi kesan nutrisi yang ketara. Makanan dari alam tumbuhan sentiasa penting kepada manusia melainkan beberapa pengecualian di mana daging haiwan merupakan makanan utama. Kebanyakan hasil penyelidikan menunjukkan bahawa diet yang seimbang sangat penting kepada kesihatan manusia. Pengambilan makanan daripada satu kumpulan makanan sahaja telah terbukti dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa makan terlalu banyak lemak dikaitkan dengan kanser payudara, kolon, prostat, dan rektum. Diet yang kekurangan serat pula dikaitkan dengan kanser usus besar. Kelaziman mengambil antioksida telah terbukti mengurangkan kemungkinan kanser kerongkong dan kanser perut. Makanan yang kurang sesuai untuk tubuh dikaitkan dengan alergi, angin di dalam usus, artritis reumatoid, dan sakit perut. Pengambilan makanan yang sama sahaja setiap hari walaupun daripada tumbuhan boleh menimbulkan masalah kepada kesihatan. Kerap memakan jagung sahaja secara berlanjutan dan jarang-jarang makan protein telah dikaitkan dengan penyakit pelagra, sejenis penyakit kronik basil kekurangan asid nikotinik yang menghasilkan masalah perut dan usus, penyakit kulit berbisul dan masalah sistem saraf Makan ubi kayu sebagai makanan utama dan pucuk ubi sebagai lauk secara berlanjutan tanpa mengambil makanan lain boleh menimbulkan masalah kekurangan darah, kekurangan nutrisi, kelemahan seluruh tubuh, dan tumbesaran terencat. Terdapat banyak jenis diet atau formula makanan untuk kesihatan, penyembuhan atau untuk menguruskan badan. Beberapa jenis diet untuk kesihatan dan penyembuhan diterangkan selanjutnya di sini. Diet untuk menguruskan badan tidak diterangkan kerana ia perlu diamalkan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kesan sampingan yang mungkin mengancam kesihatan. Makan satu jenis makanan sahaja atau satu kumpulan makanan sahaja untuk menguruskan badan boleh menimbulkan banyak jenis risiko kepada kesihatan. Kita perlu membekalkan semua jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh untuk mengelakkan masalah nutrisi tidak seimbang. Bukan semua jenis diet diberikan di sini, tetapi apa yang diterangkan seterusnya ini telah dipilih kerana memberi tumpuan kepada kepentingan sayuran, buah-buahan, dan karbohidrat yang kompleks. Sayuran dan makanan lain yang berasal daripada tumbuhan sangat penting untuk kesihatan dan penyembuhan bagi diet-diet yang dipilih. DIET VEGETARIAN Makanan diperoleh dari alam tumbuhan dan juga produk berasaskan susu dan telur. Kajian menunjukkan diet jenis ini boleh mengurangkan risiko kanser kolon, diabetes, penyakit pundi, masalah pundi hempedu, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan osteoporosis. DIET VEGAN Semua makanan hanya diperoleh dari alam tumbuhan. Tidak ada langsung makanan dari alam haiwan, termasuk susu, telur atau madu lebah digunakan sebagai makanan. Diet jenis ini diamalkan untuk merawat atau mengurangkan risiko angina, asma, tekanan darah tinggi, dan artritis reumatoid, tetapi diet ini boleh menimbulkan masalah kekurangan vitamin B. DIET MAKANAN MENTAH Diet ini mengandungi 70 peratus buah-buahan dan sayuran mentah serta 30 peratus bijirin, kekacang, produk susu, dan daging. Diet ini di katakan baik untuk sistem penghadaman dan kesihatan seumur hidup. DIET MEDITERRANEAN CRETAN Diet ini mempunyai banyak makanan daripada sumber tumbuhan seperti sayuran, buah-buahan, bijirin, kekacang, nat, bawang putih, dan minyak zaitun. Pengambilan dalam amaun yang sederhana bagi ikan, ayam, dadih, wain merah; sedikit sahaja keju, telur, minyak tepu, gula, dan daging merah. Penggunaan minyak zaitun bagi menurunkan tahap kolesterol. Ikan berminyak pula mengandungi pelbagai asid lemak yang penting. Satu kajian melaporkan bahawa diet ini mengurangkan serangan jantung kali kedua sebanyak 70 peratus. DIET PENYAHTOKSIK Diet yang mengandung buah-buahan, sayuran mentah, air, dan dadih yang digunakan untuk menyahkan toksik yang telah diserap dari alam sekeliling, toksik daripada penghadaman yang lemah, toksik yang tidak dapat disingkirkan bersama najis. Diet ini digunakan untuk melegakan masalah alahan, artritis, kanser, sakit kepala, masalah hormon, dan pernafasan. ( coba yuk😀 )

 
Leave a comment

Posted by on January 20, 2012 in Berita

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: